Killerbees DynoDay 2009
Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera pada semuaaa..
Selesai la sudah aktivi Killerbees Dynoday pada kali ini.. aktiviti bermula dari kawan2 datang seorang demi seorang.. yg sesat pun ada.. ada yg lepak breakfast di kedai mamak berhampiran sementara tunggu kedai bukak sambil berlaga perut kehkehkeh.. kedai bukak je terus 1st car naik roller pukul 10am (walaupun ada kawan2 yg memang punctual pukul 8.30am dah terpacak kat situ hehe..).. pemerhati pun ramai yang datang bagi sokongan.. TQ Lan Mod sebab datang memeriahkan suasana.. seorang demi seorang bawak mesin masing2 naik roller.. espresi muka mereka2 yg 1st time naik roller memang tak dapat dilupakan terutamanye muka Mat Cupot (jantung dag dig dug!) dan jugak muka Poji yg macam nak menangis bila kete kena belasahhh.. ohh by the way arini rekod tercipta bilamana POji tidak lagi ‘ciken’ apabila bersetuju join naik roller hehe.. Best sebab dyno kali ni senarai geng kita tidak terganggu dgn kereta2 brand lain.. kete terakhir siap ditune dalam pukul 4pm.. abis sudaahh 12 bijik Mazda/Ford diperah kluar kuasa kuda masing2.. dan result yang ni nanti2kan, seperti di bawah..
Geng Dynotune
Nama Chasis Enjin Turbo Boost HP Torque
- Ery BH BH B8T VJ20 0.79 190 26.35
- Mat Cupot BG B8T VJ20 1.20 203 29.66
- MaliqBG BG BPD VJ23 1.29 260 33.11
- Danial Metal CBA B8T VF10 0.86 182 22.46
- Fahmi Lynx KJ BPD VJ23 0.75 188 23.88
- POjiGTae BG B8T VJ23 1.16 230 28.22
Geng Dynorun
Nama Chasis Enjin Turbo Boost HP Torque
- Zenith KH BPD VJ23 1.44 283 37.04
- DJ1989J KJ B8T VJ20 0.94 191 25.71
- ManSpectra KIA BPD VJ23 1.47 295 38.31
- KintanLantis CBA B8T TD05 1.43 257 34.23
- PiyanB8 BF BPT+D VJ23 1.65 302 34.40
- ImranB6t BF B6T T28 1.39 229 29.81
keseluruhannya, ada 6 bijik VJ23 naik roller semalam.. 4 bijik VJ20, sebijik TD05, sebijik Garrett/Nissan.. 6 mesin dynotune, 6 mesin dynorun.. kameraman Mr Jehan kembali beraksi dgn kamera baru D90 beliau.. tunggukan gambar2 mengancam dari beliau dan kameraman yg lain..
Saya bagi wakil admin dgn ini mengucapkan jutaan terima kasih pada peserta, pemerhati, tukang racun, tukang lobi, tukang beli air + rokok, tukang pengkomen dyno chart, penjual + pembeli barang yg sempat berurusniaga, dan pada semua yg terlibat dgn aktiviti kali ini.. Pada kengkawan yg balik ke destinasi masing2 dgn senyuman, tahniah diucapkan.. pada kengkawan yg balik dgn gambaran ‘fuel pam + e-Manage = RM$$$$’ dalam kepala pun, tahniah gak sebab berani naik dyno.. rileks beb.. pelan2 kayuh.. Rome was not build in 1 day.. so aku serahkan thread utk photographer letak gambar.. silakaaaann..
terima kasih daun keladi.. next time kita dyno lagik!
terima kasih daun pisang.. jumpa di track day akan datang!
Majulah Killerbees untuk sukan permotoran, bengkel dan kedai potong seluruh negara.
TQ all!

-KiNGz-


